Dihalau Keluar Negara Kerana Terlalu Kacak




Dihalau Keluar Negara Kerana Terlalu Kacak | Kesian 3 lelaki ni kerana di halau kerana penganjung kata mamat ni terlalu kacak sangat. Sampai begini sekali ye orang mereka di sana. Hahahaha.. Pelik betul admin. Sampai penganjur pon kata takot wanita-wanita di sana tergoda dengan ke kacakan nya. Jom baca artikel selengkapnya

Dihalau Keluar Negara Kerana Terlalu Kacak


Dubai: Sekurang-kurangnya tiga lelaki yang menghadiri satu festival kebudayaan tahunan di Arab Saudi terpaksa dibawa keluar dari negara itu selepas pegawai polis agama menyifatkan mereka sebagai terlalu ‘kacak’ untuk tinggal di negara berkenaan.
Ketiga-tiga lelaki terbabit adalah delegasi dari Emiriah Arab Bersatu (UAE), yang terbabit dalam Festival Kebudayaan dan Warisan Jenadrivah di Riyadh, apabila anggota mutaween terbabit tiba-tiba menyerbu pusat berkenaan dan membawa ketiga-tiga lelaki terbabit.
Bimbang pengunjung wanita
“Pegawai festival berkata bahawa ketiga lelaki UAE terbabit dibawa keluar kerana alasan mereka terlalu kacak dan Suruhanjaya Amar Makruf Nahi Mungkar dikatakan bimbang pengunjung wanita boleh jatuh hati dengan mereka,” lapor akhbar berbahasa Arab, Elaph.
Delegasi negara UAE terbabit terpaksa dihantar pulang ke negara asal mereka.
Nota : Hahahaha.. pelik betul admin baca artikel ni tetapi agak menarik juga.. Gambar 3 orang mamat ni pon mereka tidak sebarkan nak tahu juga macam mana rupanya betul tak ? Apa pendapat korang tentang pekara ni ? Cuba kongsi siket
Sumber asal : wootmedia

0 Response to "Dihalau Keluar Negara Kerana Terlalu Kacak"

Post a Comment