SERIUS : Cerita Sebenar Tangan Guru Putus Dipotong Kerana Pulas Telinga Murid

Berita palsu guru putus tangan dipotong kerana pulas telinga murid di Sabah. Menerusi maklumat rasmi yang diterima, kejadian berlaku bukan akibat dari insiden memulas telinga murid. Laporan awal yang tersebar adalah palsu semata-mata. Insiden itu sebenarnya berlaku di Sarawak dan bukan di Sabah. Berikut adalah laporan asal mengenai gambar putus tangan yang tersebar dilaman sosial.

Kisah Sebenar Insiden Putus Tangan

Kota Samarahan: Ibarat ‘senjata makan tuan,’ seorang lelaki putus pergelangan tangan kiri selepas terkena parangnya sendiri ketika mengamuk di sebuah rumah di Sadong Jaya, dekat sini lewat petang kelmarin.

Gambar dipercayai diambil oleh kakitangan hospital dan
disebarkan melalui whatsapp.

Dalam kejadian itu, mangsa, 27, bersama seorang rakannya pergi ke rumah terbabit di Kampung Pelanduk Laut, sekitar jam 6.30 petang. Difahamkan, mangsa dan rakannya yang bersenjatakan parang mengamuk di rumah berkenaan, namun berjaya dihalang oleh tuan rumah serta memujuk kedua-dua mereka untuk menyerahkan parang kepadanya.

“Dua lelaki itu berjaya dihalang dan parang yang digunakan juga telah dirampas. Tetapi semasa kedua-dua mereka dibawa keluar dari rumah, tuan rumah tadi bertindak melibas parang yang dirampas ke arah mangsa menyebabkan pergelangan tangan kirinya putus ketika cuba mengelak,” kata sumber.

Ekoran kecederaannya, mangsa dikejarkan ke hospital berdekatan sebelum dirujuk ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk rawatan lanjut. Laporan polis berhubung kejadian juga telah dibuat oleh kedua-dua pihak. Ketua Polis Daerah Kota Samarahan DSP Lee Chong Chern semasa dihubungi mengesahkan ada menerima laporan berhubung kejadian.

Menurutnya, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 326 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan. Manakala mangsa dan rakannya pula disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah.


SUMBER 

0 Response to "SERIUS : Cerita Sebenar Tangan Guru Putus Dipotong Kerana Pulas Telinga Murid"

Post a Comment