Cadbury! JAKIM sahkan HALAL

cadbury halal, jakim sahkan halal,cadbury halal jakim sahkan


Sekitar bulan Mei lalu, negara kita dikejutkan dengan berita tentang terdapat kandungan DNA khinzir (porcine) telah dikesan dalam coklat Dairy Milk perisa kacang hazel dan juga kacang badam. Tentunya berita ini memeranjatkan orang ramai kerana coklat tersebut telah lama bertapak di Malaysia dan juga dilabelkan Halal oleh JAKIM. Berikutan dengan itu, ramai penduduk Malaysia khasnya yang beragama Islam mengambil keputusan untuk tidak memakan coklat Cadbury kerana was-was dengan status halal jenama coklat popular berkenaan.

Hari ini, satu kenyataan dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) (yang diterbitkan pada 18 November) yang mengesahkan bahawa coklat Cadbury yang dihasilkan dan dijual di Malaysia adalah halal.

Menurut Ketua Hal Ehwal Korporat Cadbury Malaysia, Raja Zalina Raja Safran, beliau amat berterima kasih kerana JAKIM sekali lagi menyatakan secara mutlak bahawa produk Cadbury yang dihasilkan dan dijual di Malaysia mematuhi garis panduan Halal mereka. Selepas spekulasi selama beberapa bulan, mereka berharap kenyataan yang jelas ini akan menghapuskan sebarang kekeliruan tentang status Halal Cadbury Malaysia. Kini, pengguna-pengguna boleh kembali menikmati coklat yang enak ini.

cadbury halal, jakim sahkan halal,cadbury halal jakim sahkan

“Produk Cadbury yang kami hasilkan dan jual di Malaysia adalah sentiasa halal. Apabila dakwaan palsu tentang coklat kami muncul pada bulan Mei lalu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) terus menjalankan siastan penuh dan menguji, bukan sahaja produk-produk tersebut tetapi juga kaedah pemprosesan dan peralatan yang digunakan. Dari segi tahap kebersihan yang ketat, kualiti serta piawaian keselamatan, kami mematuhi garis panduan halal JAKIM sepenuhnya. “

” Namun, pengguna masih keliru dan dakwaan yang tidak berasas ini terus berlegar-legar dalam media termasuk media sosial. Kami percaya pengguna-pengguna Malaysia wajar mendapat maklumat yang sebenar. Mereka perlu dimaklumkan secara jujur tentang isi kandungan makanan yang mereka berikan kepada keluarga dan rakan-rakan mereka. Kami berkomited akan bertindak dengan tegas tehadap mana-mana individu atau organisasi yang terus menyebarkan maklumat palsu tentang produk-produk kami dan secara langsung tidak menghormati perasaan jutaan rakyat Malaysia yang menggemari jenama kami.”  ujar Raja Zalina.

cadbury-halal

Kronologi


  • 23 Mei 2014: Pengguna laman media sosial telah menyebarkan laporan bahawa dua jenis coklat Cadbury yang telah diuji oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) didapati mengandungi kesan kandungan DNA porcine. Laporan yang tidak disahkan itu tidak dikeluarkan secara rasmi oleh JAKIM ataupun pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
  • 24 Mei 2014: Bagi tujuan penyiasatan, Cadbury Malaysia secara proaktif mengeluarkan arahan agar kesemua produk yang terjejas di tarik keluar dalam masa sehari berikutnya.Sementara itu, JAKIM telah menarik balik sijil halal dua produk berkenaan untuk membuat siasatan lanjut mengikut keperluan prosedur.
  • 26 Mei 2014: JAKIM menghantar sampel produk dan bahan mentah dari barisan pemprosesan yang menghasilkan produk yang terkesan itu ke makmal Jabatan Kimia untuk diuji. Dalam masa 7 hari, hasil ujian rasmi dikeluarkan. Laporan itu secara muktamad menyatakan produk-produk itu tiada DNA babi.
  • 3 Jun 2014: JAKIM membuat pengumuman rasmi mengesahkan bahawa dua produk yang dipersoalkan itu tiada DNA babi . Mereka juga menghantar satu laporan menyeluruh kepada Mesyuarat Panel Pengesahan Halal Malaysia.
  • 6 Jun 2014: JAKIM mengembalikan semula sijil halal Cadbury Malaysia dalam masa kurang sepuluh hari selepas laporan yang tidak disahkan itu.

Untuk mengelakkan kesilapan yang sama daripada berulang pada masa hadapan, suatu prosedur operasi standard sejajar dengan agensi-agensi kerajaan yang lain termasuk Kementerian Kesihatan Malaysia telah direka oleh JAKIM. Satu rangkaian laporan yang diperkukuhkan akan memastikan sebarang perkara berkaitan pematuhan halal hanya dikendalikan oleh JAKIM.

Bagi mengelakkan sebarang kekeliruan tentang isu halal, semua pihak digesa agar merujuk kepada laman web rasmi JAKIM di http://www.islam.gov.my atau Portal Rasmi Halal Malaysia di http://www.halal.gov.my dan tidak merujung kepada sebarang sumber yang tidak sah. Pertanyaan tentang status halal sebarang produk boleh diajukan kepada Bahagian Hab Halal, JAKIM di 03-8315 0200.

Kenyataan media JAKIM

0 Response to "Cadbury! JAKIM sahkan HALAL"

Post a Comment