Keith Foo Teruja Dapat Beli "Kereta Nisan Skyline"

Keith Foo dan tunang, Keith Foo

Bertuah Keith Foo selain mempunyai tunang yang cantik dan rupawan, buah hatinya itu juga merupakan seorang yang sangat ‘sporting’.

Pelakon kacak itu baru-baru ini memuat naik sekeping foto sebuah kereta Nissan Skyline di laman Instagramnya.

Namun disebabkan kapsyen yang ditulis hero Ariana Rose itu, ramai pengikut telah membuat spekulasi, Keith kini sedang merancang untuk membeli kereta idamannya itu.

Lebih mengujakan ayat yang ditulis Keith seolah-seolah dia sedang berterima kasih kepada tunangnya Kim Raymond kerana telah memberi kebenaran kepadanya untuk memiliki kereta ‘sport’ berwarna perak itu.

Apapun, jika benar Keith Foo sedang merancang untuk membeli kereta mewah bernilai ratusan ribu ringgit itu, tidak ada salahnya kerana bagi Astro Gempak ia merupakan ‘reward’  kepada dirinya sendiri yang telah bekerja keras selama ini. 

Sumber Astro Gempak

ANDA GEMUK .....
NAK KURUS DENGAN SELAMAT ??

KLIK -->>SAYA NAK KURUS

0 Response to "Keith Foo Teruja Dapat Beli "Kereta Nisan Skyline""

Post a Comment