PENGGUNA MAYBANK ! Anda Dalam Bahaya ! Hati-Hati Dengan Penipuan Orang Ke-3


AUTA

Satu pesanan tersebar melalui internet dan aplikasi WhatsApp kononnya pihak Maybank meminta penerima emel agar mengemas kini status Maybank2u masing-masing kerana telah tamat tempoh....

Pesanan itu turut menyarankan penerima menekan link yang diberikan untuk mengemas kini status akaun berkenaan....

Namun dalam WhatsApp sama menegah penerima emel untuk menekan link tersebut kerana dikatakan duit di dalam akaun akan hilang jika menekannya....

“Kalau ada sesiapa terima email bertajuk: maybank2u.com: Status update. Msg dlm email tu : Dear customer, your M2U account profile will expire today. Kindly use our website below to validate”....


FAKTA

Malayan Banking Bhd (Maybank) menafikan ada menghantar sebarang email atau SMS kepada pelanggan untuk mengemas kini akaun Maybank2u kerana tamat tempoh....

Sumber dalamannya berkata, perkara tersebut tidak benar dan peringatan mengenainya ada dimuat naik di laman web Maybank2u....

“Jika pengguna maklum, setiap kali membuka laman web Maybank2u, peringatan untuk sebarang salah guna emel atau SMS ada dimuat naik....

“Dalam laman web kami itu, telah disarankan orang ramai agar menghubungi talian hotline Maybank2u 03-58914744 sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan,” katanya....

SUMBER : sinarharian.com.my

0 Response to "PENGGUNA MAYBANK ! Anda Dalam Bahaya ! Hati-Hati Dengan Penipuan Orang Ke-3"

Post a Comment