Terkini ! Riezman dan Katrina sah bercerai

Pelakon popular, Riezman Khuzaimi dan isterinya, Kartina Ayoob sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, hari ini.



 Riezman atau nama sebenarnya, Mohd Rizman Mohd Khuzaimi, 45, melafazkan talak satu dalam keadaan sebak di hadapan Hakim Syarie Shaiful Azli Jamaludin selepas mahkamah membenarkan permohonan cerai difailkannya.

Sebelum melafazkan cerai, pasangan itu bersalaman dan bermaafan buat kali terakhir sebagai pasangan suami isteri.

0 Response to "Terkini ! Riezman dan Katrina sah bercerai"

Post a Comment