Rozita Che Wan Mengamuk Dituduh Tak Pandai Jaga Baby


Kadang-kadang kesian juga pada Rozita Che Wan dan Zain Saidin. Apa yang mereka buat serba tak kena di mata orang luar. Dari zaman Che Ta belum berkahwin dengan Zain, sampai dah ada anak tetap juga pasangan ini dicari kesalahannya.



Terbaru, malam tadi terdapat segelintir pengikut di Instagram yang menulis komen seolah-olah Che Ta dan Zain tidak pandai menjaga anak mereka yang baru lahir, Aaisyah Dhia Rana.


Semuanya terjadi selepas Zain memuat naik sekeping foto sedang menyusukan Aaisyah sebaik pulang dari bersenam di gym. Disebabkan gambar itu, mulalah keyboard warriors melemparkan kata-kata kurang manis.


Korang rasa Che Ta nak berdiam diri ke? Haruslah tidak! Haha. Mungkin sebab terlampau geram, Che Ta membalas komen tersebut apabila dituduh memberikan anaknya yang baru lahir minum susu formula.



Korang ni pun, dah tentulah Che Ta tahu apa yang terbaik untuk anak dia. Lagipun ini bukan anak pertama, Che Ta kan dah berpengalaman menjadi ibu. Cuma mungkin Zain agak kekok menjaga baby, tapi bagilah dia masa untuk belajar.

Sumber www.ohbulan.com

0 Response to "Rozita Che Wan Mengamuk Dituduh Tak Pandai Jaga Baby"

Post a Comment