Buruknya Sikap Pemandu Kereta DI Jalan Raya

Kisah ini kami ambil dari seorang pengguna facebook bernama Neollene Ain. Beliau berkongsi pengalaman malang beliau ketika memandu kereta di Malaysia dan Australia. Baca cerita selanjutnya

***

gambar sekadar hiasan


Jalan raya dan perangai manusia.

Dulu masa di Perth, dalam 3 4 kejadian ‘rude driver’ yang kami pernah alami.

Satu, bila saya dan kawan tengah berjalan kat pedestrian walkway, ada kereta baling kon aiskrim ke arah kami sambil menunjuk tangan mencarut dan bersorak kepada kami. Nasib baik aiskrim tu tak kena baju. Balingan aiskrim tu tersasar ke tanah and kami just terkena sikit percikan aiskrim kat seluar.

Ok lah masa tu sabar. Mungkin diorang mabuk dan tengok perempuan pakai tudung. Diorang paranoid mungkin?

Kejadian kedua kat depan selekoh sekolah kami. kami sure kami memandu dengan cermat just like other Australian driver. Tiba-tiba ada kereta memotong dan bagi ‘middle finger’ keluar tingkap dan tuju kat kami sambil honking.

Kami terpinga2 dan pandang sesama sendiri. Apa masalah dia? sebab tengok perempuan memandu dan pakai tudung lagi?

Ok fine. Kami sabar. Dia ada masalah mental mungkin.

Kali ketiga, Saya drive alone di satu suburb yang agak jauh dari rumah kami. Kat sana kami sangat behave. Memandu 60km sejam di kebanyakan highway utama sebab follow speed limit kat sana dan bagi signal sebanyak yang boleh. Tiba-tiba ada sebuah kereta dari belakang
datang dekat. Laju dan mencucuk. Mula-mula saya tak faha. Bila dah drive dekat sangat dengan kereta saya. Ok fine saya bawa laju sikit.

Ikut kan hati, siapa nak kalah bila ada orang cari pasal kan? tapi bila fikir yang duit nak beli kereta kami tu sangat mahal. Kalau kena saman langgar speed limit lagilah beratus dan kalau kereta rosak atau apa2 jadi lagilah mahal nak repair. 4 kali ganda mahalnya. Jadi saya mengalah dan bagi dia potong.

Sekali lagi dia bagi middle finger. Saya fikir. apa dosa saya sampai dia cari pasal? sebab perempuan muslim lagi?

Bila balik ke Malaysia, saya ada buat beberapa kesimpulan tentang masyarakat di sana. Ada yang kuat agama, ada yang attitude kurang cerdik dan lain lain.

Mungkin bukan salah bangsa atau religion. Tapi masalah ‘mental’ diorang sendiri.

Ternyata hari ini, kesimpulan saya tu salah. Hari ini saya terserempak dengan perempuan melayu dan bertudung yang buat sesuatu yang lebih rude dari semua ‘pesakit-pesakit’ jalan raya yang saya jumpa di atas.

On the way ke office tadi saya rushing sebab terlambat siap sikit today. Berulang-alik dari rumah parents yang jauh every day.

Kat satu simpang, saya bagi signal dan cepat cepat masuk ke jalan besar. Ada sebuah kereta yang tengah drive di main road berada agak hampir dengan jarak kereta saya masa saya menyusur masuk. Tapi saya sure, jarak tu masih selamat lagi. Dia agak marah..dan dia hon. ok baiklah mungkin salah saya sebab nak cpt pergi kerja.

Selepas beberapa kilometer saya drive, pemandu yang sama tiba-tiba datang dari belakang dan ajak saya berlumba. Aih la dia ni lagi? tak habis lagi?

Saya tak hiraukan dia dan terus memandu dan tinggalkan dia dalam jarak agak jauh. Dia datang dekat semula dan tahu apa dia buat?

Dia tunjuk jari yang sangat ‘manis’ dan bila saya buat tak endah.. Dia mungkin jadi sangat marah. Dia tiba-tiba himpit ke arah saya dan ‘dang’ dia langgar dari tepi. calar habis bumper jadinya.

Saya sgt shocked. Tak sangka. Dia buat tindakan himpit dan langgar abruptly. mungkin dia nak saya elak dan langgar divider. Tapi dia silap.

Tak expect langsung manusia boleh bertuhankan emosi lebih dari segalanya sampai membahayakan nyawa orang, merosakkan harta benda orang.. sampai macam tu skali?

Dan dia terus belok ke kiri dan lari.

Masalah apalah dia? saya sedih sebab dia sebangsa seagama sejantina dan asal dari tempat yang sama. Tapi tak ada nilai bertolak ansur dan kebijaksaan langsung. kereta dia pun calar habis

Kereta saya siapa nak bayar? Ya.. saya sedang bersabar semoga menjadi pengajaran.

0 Response to "Buruknya Sikap Pemandu Kereta DI Jalan Raya"

Post a Comment