Siapa Sharifa Sofea Dan Kaintannya Dengan Misteri MH370

Sebelum meneruskan, saya mengambil peluang untuk mengucapkan takziah kepada keluarga penumpang QZ8501 dan MH17, serta diharap para anggota keluarga penumpang MH370 dapat terus tabah dengan dugaan yang dihadapi. Kami bersama anda merasai kesedihan, dan cuba sedaya upaya untuk tidak menyentuh apa-apapun berkenaan 370 selagi pencarian masih diteruskan.



Saya perasan dua tiga hari ni page so called kapten tengku sharifah sofea kembali menjadi viral dan siap ada blog lagi, dan kini mula disebarkan dan dishare oleh masyarakat umum.


Kononnya atas nama menyebarkan kebenaran, dia bercerita tentang maklumat yang kononnya dia terima dari perisikan Russia, tv Russia dan mempengaruhi tangible and gullible Malaysian dgn perkataan Dajjal, Yahudi dan konspirasi.






Ok first thing first : PERISIK TIDAK MENGAKU DIRINYA PERISIK, dalam keadaan apa sekali pun hatta nyawa dihujung mata pedang tiada satu maklumat yang akan diserahkannya kepada musuh. Itu rule of thumb perisikan. Jadi kalau ada orang mengaku dia perisik, dia ada contact dengan agensi perisikan itu ini, nampak sangat lah membohongnya. Kakak sharifah ni statusnya sangat vague. Mulanya mengaku pramugari MAS, tiba2 ada title kapten (pramugari dan kapten adalah dua rank berbeza dan bukan mudah pramugari untuk jadi Kapten pesawat melainkan dengan membohong) then tiba-tiba ada title TENGKU?



identitinya yang kelabu asap sudah memberikan saya indikasi yang dia ini tidak lain tidak bukan menangguk di air keruh bila mana keluarga mangsa dan pasukan penyiasat dan pasukan pencarian bertungkus lumus cuba mendapatkan maklumat akan misteri kehilangan 370. Kebanyakan umum menganggap wujudnya muslihat melindungi sebaran maklumat..padahal dalam apa insiden berkaitan penerbangan mahupun maritim, memang masa yang diambil untuk menyiapkan laporan, menyiasat dan mengumpulkan maklumat serta bukti agak lama. Simple fact saya bagi, berapa lama masa yang diambil anda untuk tunggu laporan siasatan polis siap bila anda terlibat dalam kemalangan jalan raya?

2 minggu paling cepat kan. Lepas tu laporan siasatan akan dikeluarkan untuk tentukan siapa salah bagi tujuan insurance claim. Prinsip nya sama dengan mana-mana insiden kemalangan jiwa malah ia lebih komplikated bila berhadapan dengan insiden maritim atau insiden penerbangan dimana siasatan akan melibatkan agensi-agensi antarabangsa seperti ICAO (utk aviation) dan IMO serta agensi2 keselamatan pengangkutan dimana objektif utama mereka adalah untuk insiden tersebut tidak berulang dengan mengambil kira penambahbaikan pada let say pesawat dari segi perundangan dan peralatan.

Ok saya akan terus kepada maklumat radar yang kononnya kakak sofea ni kata diterima dari Thailand, Kazakhstand dan Turkmenistan.

DATA SULIT THAILAND ADALAH PAPARAN RADAR MARITIM

Foto dibawah ini dikatakan adalah paparan imejan radar pengawasan udara angkatan tentera Thailand. Untuk orang-orang biasa pastinya akan percaya seratus peratus yang ini soheh. Tapi tidak pada kalangan professional yang terlibat dalam industri penerbangan mahupun perkapalan.





Kebanyakan mariners akan perasan yang ini bukan display radar pertahanan udara tetapi radar maritim yang digunakan kebanyakan kapal-kapal kargo diseluruh dunia.







Saya paparkan pada anda foto asal yang di crop oleh pihak tersebut yang kemudian mengatakan ia paparan radar pengawasan udara THAILAND...Jelas disini paparan radar pada foto asal menunjukkan yang ia adalah marine navigation radar yang kebiasaan wujud dan digunakan diatas kapal...bukan air search radar atau air surveillance radar seperti yang dicanangkan makcik tu.  Paparan yang ditunjukkan pada foto sebenar ini adalah paparan radar bagi kawasan pesisiran pantai.

Maklumat media memang mengatakan yang Thailand ada membuat kenyataan yang mereka mengesan pesawat tersebut tetapi tiada maklumat paparan radar (konon rahsia) yang diberikan kepada mana-mana pihak, malah foto yg dikatakan maklumat dan data rahsia itu sebenarnya tiada kena mengena pun memberikan indikasi yang dia membohong.

PAPARAN RADAR TURKMENISTAN


Ramai yang tidak pernah tengok aircraft navigation display, dan telah tertipu dengan radar Turkmenistan ini. Foto yang dikatakan paparan radar dan bukti pesawat MH370 berselindung disebalik pesawat Singapura tidak lain hanyalah aircraft navigation display yang kedapatan pada pesawat. Ia bukan radar. Ia adalah paparan navigasi dan ia adalah dua perkara yang berbeza. Malah lebih kelakar, apabila foto ini dikatakan datang dari radar pengawasan udara Turkmenistan.

Ok compare foto diatas dengan foto-foto ini:





Foto yang saya lampirkan adalah sebahagian dari paparan navigasi pesawat komersial, dimana foto pertama adalah paparan yang terdapat pada pesawat A380. Jelas ia bukanlah paparan radar pertahanan udara Turkmenistan kerana paparan radar pertahanan udara atau radar pengawasan udara adalah sengat berbeza dengan paparan informasi navigasi pesawat dan juga paparan radar maritim, Dan jelas sharifah yg dicanang sebagai hero anti yahudi, anti dajjal dan anti amerika itu sendiri merupakan penyebar fitnah yang saling tak tumpah dengan dajjal itu sendiri yang mengelirukan orang ramai.

Pasti ada yang akan bertanyakan rupa paparan radar pertahanan udara maka saya selitkan sekali foto-foto dari internet bagi memberikan anda idea perbezaan yang saya maksudkan.


Foto pertama menunjukkan radar pertahanan udara AN/FPS-117 yang digunakan Amerika Syarikat



Foto kedua menunjukkan sistem radar pertahanan udara yang digunakan Jerman



Dan foto ini menunjukkan paparan dan konsol radar pertahanan udara buatan Russia

Jelas sekali lagi foto2 yang dikepilkan kami sangat berbeza dengan bukti kononnya maklumat radar yang diperkatakan Sharifah Sofea, menyanggah teorinya dan membuktikan maklumat yang diterima hanyalah rekaan dan palsu serta tidak kredible.

FOTO SATELIT XRAY

Jika anda rajin melayari internet dan cuba mencari maklumat berkenaan satelit xray, anda akan dapati yang satelit tersebut merupakan teleskop sinaran xray yang digunakan untuk mencerap sinaran-sinaran xray yang wujud diangkasa lepas. Satelit tersebut tidak wujud dalam inventori russia malah ia digunakan oleh kalangan ilmuan astronomi antarabangsa untuk mencerap angkasa lepas.


Kalangan plane spotter dengan mudah dapat mengenalpasti pesawat yang dikatakan MH370 dalam foto diatas sebagai pesawat AWACS E-3 Sentry, yang berada di atas tarmac dan bukan dibawah tanah dan foto tersebut bukanlah paparan sinaran xray tetapi paparan alat pandang malam atau nightvision.



Kita ulas dahulu pesawat yang kelihatan dari udara ini. Jika diperhatikan terdapat radome diatas fiuslaj pesawat tersebut, ia bukanlah pesawat awam tetapi pesawat tentera. Pesawat dengan radome amaran awal udara dipanggil AWACS dan jelas foto ini menunjukkan sebuah pesawat AWACS E-3 Sentry kegunaan USAF.Dibahagian kanan atas dan bawah 2 buah helikopter UH-60 Blackhawk yang digunakan secara meluas oleh angkatan tentera Amerika.


KESIMPULAN

kebanyakan fakta yang dikemukan page berkenaan adalah recycle dan reused facts dengan banyak percanggahan dan pengunaan bukti palsu dan cropped image bagi mensahihkan kenyataan mereka.

Agak terkilan ada statement yang dinyatakan, memberitahu penumpang dibuang-buang ketika pesawat ke Ukraine, jelas cuba mewujudkan sentimen dikalangan keluarga mangsa MH370 yang sehingga kini masih hilang dan usaha mencari terus dijalankan. Ramai dikalangan orang awam tidak faham proses penyiasatan insiden penerbangan mahupun insiden maritim yang mana pengumpulan bukti sahih dan bukan bukti tangkap muat memerlukan masa yang lama. Ini dapat dilihat dalam pelbagai kes kemalangan industri penerbangan dimana semua faktor perlu diambil kira, semua bukti perlu diteliti pihak penyiasatan yang dah tentu professional dan mempunyai pengalaman.

Orang kita (dan masyarakat luar surprisingly) terlalu taksub pada teori konspirasi. Kononnya ada tangan ghaib, kononnya permainan kuasa besar, kononnya agenda yahudi. Selit sikit dajjal, selit siki yahudi terus semua percaya tanpa ada inisiatif pun untuk menyiasat apakah benar kenyataan yang dibuat para konspirator-konspirator ini. Kita tidak terfikir yang mungkin maklumat yang disebarkan ini juga merupakan sebahagian fitnah dajjal.

Fakta yang dikemukan diatas telah secara tidak langsung menyanggah alledge evidence mereka yang kebanyakannya tak ada rupa bukti pun. Dengan mudah ia dipatahkan, malah setakat guna google map dan kemudian melabel ia bukti dari russia, bukti dari sana sini sebenarnya tidak membawa apa-apa signifikan pun melainkan page berkenaan secara tidak langsung berjaya menarik ribuan pembaca yang percaya tanpa usul periksa.


Sebab itu ilmu pengetahuan am penting, agar kita tidak mudah tertipu dengan scammers dan konspirator yang ada agenda tersendiri.

Anda mungkin akan kata tulisan saya ini didorong agenda Yahudi. Well terpulang kepada akal fikiran anda kerana saya berpegang kepada kebenaran yang tulen dan bukan kebenaran yang direka-reka dari penipuan.

0 Response to "Siapa Sharifa Sofea Dan Kaintannya Dengan Misteri MH370"

Post a Comment