2015 Bukan Tahun Untuk Saya Kahwin




Dihimpit populariti yang semakin meningkat ketika ini, Zul Ariffin secara berterus terang menyatakan bahawa dia belum membuat sebarang persiapan perkahwinan dan dalam masa yang sama turut mengakui perkara tersebut adalan merumitkan.

“Kini, saya sibuk menyusun jadual kerjaya tetapi apabila saya berfikir mengenai persiapan kahwin, saya rasa ia rumit dan memeningkan kepala apatah lagi ia akan mengambil masa sehingga berbulan-bulan.

“Tahun ini memang tiada apa-apa perancangan lagi untuk ke arah itu (perkahwinan). Banyak lagi kerja lain yang saya harus laksanakan terlebih dahulu. Apabila saya sudah bersedia nanti, saya terus kahwin,” kata kekasih kepada penerbit filem produksi Tayangan Unggul, Gayatri Su-Lin Pillai ini.

Selain itu, Zul juga tidak bimbang dengan peminat yang akan ‘lari’ sekiranya memilih perkahwinan ketika nama beliau sedang meningkat naik di dalam industri hiburan.

“Peminat tahu dengan siapa saya selalu keluar dan mereka faham. Malah, ramai yang berjaya dalam karier ini pun, semuanya sudah pun mendirikan rumah tangga,” tambahnya lagi.

0 Response to "2015 Bukan Tahun Untuk Saya Kahwin"

Post a Comment