Adakah Reformasi 1988 Akan Terjadi Pada Tahun 2015?

Adakah Reformasi 1988 Akan Terjadi Pada Tahun 2015? | Ketika zaman Reformasi (Malaysia), cerita-cerita kena kejar polis &  disimbah air asid & membaling botol & menjadi bahan bualan apabila bersembang bersama-sama mereka yang pulang daripada berdemonstrasi di Dataran Merdeka. Namun, isu-isu sekitar reformasi dan kes pemecatan Anwar Ibrahim menjadi tumpuan utama apabila membelek dada-dada akhbar dan melayari internet.

Adakah Reformasi 1988 Akan Terjadi Pada Tahun 2015?

Ketika zaman reformasi 1998, saya berada di tahun satu Pusat Matrikulasi UIAM, Lembah Pantai, Kuala Lumpur (sekarang sudah ditukar kepada Pusat Asasi UIAM di Petaling Jaya, Selangor dan Nilai, Negeri Sembilan).

Ketika itu UIAM dikatakan tempat rekrut “orang-orang Anwar”. Ramai teman-teman mahasiswa pusat matrikulasi UIAM yang turut terlibat di dalam demonstrasi reformasi. Cerita-cerita “kena kejar polis”, “disimbah air asid”, “membaling botol”, menjadi bahan bualan apabila bersembang bersama-sama mereka yang pulang daripada berdemonstrasi di Dataran Merdeka.

Saya tidak turut serta bersama mereka kerana saya bukanlah peminat dengan Anwar Ibrahim dan reformasi. Namun, isu-isu sekitar reformasi dan kes pemecatan Anwar Ibrahim menjadi tumpuan utama apabila membelek dada-dada akhbar dan melayari internet.



Rentetan daripada itu, reformasi menjadi semakin rancak lebih-lebih lagi apabila Anwar ibrahim ditangkap dan dihumban ke dalam penjara dengan penghakiman yang paling teruk dalam sejarah Malaysia. Diikuti pula demonstrasi-demonstrasi mendesak Dato’ Sri Dr Mahathir (sekarang Tun) meletak jawatan daripada jawatan PM.

Masjid Ar-Rahman kini menjadi kenangan terindah lokasi paling strategik untuk berdemonstrasi. Sudah lama saya ke sana, lebih-lebih ia menjadi lesu apabila pembinaan “kontroversi” Kerinchi Link yang berjaya mematikan nyawa “demonstrasi” di masjid tersebut. Bila agaknya ia akan kembali hangat?




Akhbar Harakah pula menjadi akhbar alternatif berbanding Berita Harian dan Utusan Melayu. Ia menjadi tumpuan dan seringkali kehabisan jualannya di kedai Pak Din “Hancur”, di masjid Ar-Rahman. Sekarang, Pak Din “Hancur” sudah kembali ke rahmatullah. Tidak pasti pula sama ada kedai berkenaan masih wujud atau tidak.

Selain Harakah (yang ketika itu diterbitkan dua kali seminggu), majalah Tamadun turut mendapat sambutan hangat. Sekarang penerbitan majalah berkenaan telah tamat (atau ditamatkan?). Muncul juga bahan-bahan bacaan alternatif seperti Akhbar Ekslusif (terbitan Karangkraf), majalah Detik, majalah Wasilah (diterbitkan Lutfi Othman). Semua sudah tinggal kenangan.



Tidak ketinggalah buku kontroversi “Shit” karangan Sasterawan Negara Shahnon Ahmad, menjadi rebutan ramai malah diulang cetak dan dicetak rompak.
Dalam pada itu, nama-nama seperti Roslan Kassim, Marina Yusoff, Rahim King, Ezam Mohd Noor, Christopher Fernandaze, Chandra Muzaffar dan lain-lain pula muncul menjadi pasukan pembela pemecatan Anwar Ibrahim dan penggerak gerakan reformasi.

Selain Mahathir, yang mendapat gelaran Mahazalim dan Mahafiraun, mucul juga watak-watak antagonis lain seperti Augustine Paul, Umi Hafilda, Munawar Anes, Azizan Abu Bakar.

Andainya reformasi kali ke-2 berulang lagi, saya masih bukan peminat Dato’ Sri Anwar Ibrahim, namun kezaliman bukanlah jalan penyelesaian.




Pastinya saya dan rakyat Malaysia akan tertunggu-tunggu

– Bagaimana starategi yang akan dilakukan oleh SB untuk menangkap Anwar ibrahim?
– Bila Anwar akan dibawa ke mahkamah untuk dibicarakan?
– Siapa hakim untuk membicarakan kes Anwar Ibrahim? Jika dahulu watak ini dipegang oleh
   Augustine Paul.
– Bagaimanakah pula rupa bentuk tilam Saiful Bukhary Azlan yang akan dibawa masuk ke dalam
   mahkamah?

0 Response to "Adakah Reformasi 1988 Akan Terjadi Pada Tahun 2015?"

Post a Comment