Tergamak Bekas Tali Gantung Saddam Huseein Di Jual Lebih RM21 Juta

Tergamak Bekas Tali Gantung Saddam Huseein Di Jual Lebih RM21 Juta | Ia hanya seutas tali, tetapi tetap menjadi rebutan walaupun nilainya mencecah puluhan juta. Nyata ia bukan sebarangan tali kerana pernah digunakan untuk mengantung bekas Presiden Iraq, Saddam Hussein.

Tergamak Bekas Tali Gantung Saddam Huseein Di Jual Lebih RM21 Juta


LONDON – Ia hanya seutas tali, tetapi tetap menjadi rebutan walaupun nilainya mencecah puluhan juta.

Nyata ia bukan sebarangan tali kerana pernah digunakan untuk mengantung bekas Presiden Iraq, Saddam Hussein.

Pada harga 4.6 juta pound (RM21.64 juta), pembida kini berebut-rebut untuk memastikan artifak bersejarah itu menjadi milik mereka.

Mail Online melaporkan tali tersebut ketika ini dimiliki oleh bekas penasihat Pasukan Keselamatan Iraq, Dr. Mowaffak al-Rubaie, dan mula menjadi perhatian selepas laman web Al-Araby Al-Jadeed memuat naik gambar Mowaffak bersama tali gantung itu di Internet.

“Beberapa pembida berminat untuk mendapatkan bahan bersejarah itu, antaranya dua usahawan dari Kuwait, keluarga hartawan dari Israel dan kumpulan agama yang berpusat di Iran.

“Bidaan tertinggi yang diterima ketika ini adalah 4.6 juta pound (RM21.64 juta),” jelas web Al-Araby Al-Jadeed.

Bidaan tersebut mendapatkan kritikan daripada seorang anggota kumpulan hak asasi manusia, Ahmeed Saheed yang memberitahu laman web Al-Araby Al-Jadeed, wang hasil bidaan itu perlu diserahkan kepada Jabatan Perbendaharan Iraq dan bukannya menjadi hak milik peribadi.

Saddam dijatuhi hukuman gantung pada 30 Disember 2006 selepas Tribunal Khas Iraq mendapati beliau bersalah melakukan jenayah kemanusiaan.

sumber mStar Online

0 Response to "Tergamak Bekas Tali Gantung Saddam Huseein Di Jual Lebih RM21 Juta"

Post a Comment