Presiden Zimbabwe Cover Malu Dengan Gantung Tugas 27 Pengawalnya | International Business Times melaporkan, Mugabe, 90, jatuh tersungkur ketika menuruni podium setelah selesai memberi ucapan kepada penyokong yang hadir menyambut ketibaan penerbangannya dari Ethiopia.
Presiden Zimbabwe Cover Malu Dengan Gantung Tugas 27 Pengawalnya
Kerana kegagalan menjaga keselamatan Presiden Zimbabwe, Robert Mugabe, sehingga menyebabkan figura yang dikenali sebagai seorang diktator terjatuh, seramai 27 pegawal peribadi telah digantungkan tugas serta merta.
International Business Times melaporkan, Mugabe, 90, jatuh tersungkur ketika menuruni podium setelah selesai memberi ucapan kepada penyokong yang hadir menyambut ketibaan penerbangannya dari Ethiopia.
Setelah dia terjatuh barulah para pengawalnya mula mengerumuni untuk membantu akan tetapi semuanya sudah terlambat.
Ada antara mereka yang memaksa jurugambar memadamkan foto-foto yang diambil ketika itu agak tidak memalukan Mugabe tetaou ternyata ia tidak berjaya menghalang detik-detik memalukan presiden itu dari tersebar ke seluruh dunia.
Sumber sahih mengatakan, kejadian tersebut telah menyebabkan keputusan pergantungan tugas seramai 27 pengawal Mugabe yang dianggap gagal menjalankan tugas mereka dengan baik.
“Situasinya mudah. Kumpulan sekuriti berkenaan dilihat ‘tidur’,” ujar sumber itu.
“Banyak bahagian disiasat setelah kejadian tersebut berlaku, daripada Air Zimbabwe (syarikat penerbangan) sehinggalah ke sekuriti. Segelintirnya mungkin akan dipecat.”
Lebih memanaskan hati Mugabe apabila gambar-gambar insiden tersebut yang tersebar telah dijadikan bahan jenaka pihak-pihak tertentu dengan melakukan suntingan bagi menghasilkan gambar-gambar lucu.
The Standard melaporkan kejadian itu bukan sahaja membuktikan para pengawal tidak menjalankan tugas dengan baik malah ia juga menunjukkan bahawa mereka tidak memahami asas tugas mengawal iaitu tidak berda tiga kaki dari kedudukan presiden
Lihat Lagi Gambar Priseden Zimbabwe Jatuh Tersungkur
Sumber sahih mengatakan, kejadian tersebut telah menyebabkan keputusan pergantungan tugas seramai 27 pengawal oleh Preside Zimbabwe yang dianggap gagal menjalankan tugas mereka dengan baik.
0 Response to "Presiden Zimbabwe Cover Malu Dengan Gantung Tugas 27 Pengawalnya"
Post a Comment