Jom Kenali Ciri-Ciri Admin Amran Fans | Tak sangka begini rupanya Ciri-Ciri Admin Amran Fans. Patutla setiap post menjadi viral. Post yang sangat menjadi perhatian ramai. Yang penting boleh hlangkan tension dan stress.
Jom Kenali Ciri-Ciri Admin Amran Fans
Dalam seharian, adakalanya korang mesti ada syak beberapa orang rakan Facebook atau orang sekeliling yang mereka itu Admin Amran Fans kan? Main tuduh serkap jarang. Sebenarnya kalau korang nak tahu ciri-ciri Admin Amran Fans adalah begini.
Tapi sebelum itu, tolong janji satu perkara, jangan sampai Amran Fans tahu wujudnya artikel sebegini. Sila tambah perkataan MUNGKIN setiap ‘point’ dibawah, ok?Jom kenali ciri-ciri tersebut....
1) Bukan Poyo
Walaupun dia sering menaikkan status yang berunsur lawak sengal ubi. Percayalah, jika kamu berkawan dengan Amran Fans menggunakan Profil FB nya yang sebenar, dia tidak akan sesekali menaikkan status ‘Ala Ala Bajet Seperti Amran Fans’. Sebab, Amran memang takut identitinya terbongkar. Jadi, kalau ada orang ‘pandai’ yang PM korang , “Hai awak, sini cakap sini habis. Saya adalah admin Amran Fans… Dah lama saya perhatikan awak komen kat page saya. Saya suka tengok muka awak yang bulat macam Teletubbies tuh..Jangan kecoh tau. Kalau orang tahu, terpaksalah saya jumpa Mat Luthfi lepas ini. Janji tau. Saya akan jaga perhubungan ini dan janji tidak akan buat apa-apa kat awak”. Kalau korang dapat, ‘block’ terus!.
2) Ilmu Agama yang Tinggi
Sepanjang mengikuti Amran Fans, setiap Hari Jumaat, korang akan perasan, status dia memang berunsur keagamaan dan Islamik.
3) Pendiam
Amran juga bukanlah seorang yang kecoh. Sebab takut rahsianya akan terbongkar.
4) Nampak ‘nerd’
Amran seorang yang cantik/hensem tapi kelihatan agak ‘nerd’ dengan kaca mata bingkai hitam yang tebal dan besar.
5) Bukan orang pertama, kedua dan ketiga
Perasan tak, Amran tak suka bila korang komen First, Second & Third? Hal ini kerana Admin Amran Fans tidak pernah menjadi orang yang pertama, kedua dan ketiga dalam apa-apa keadaan. Sebab itu beliau benci dengan tiga nombor tersebut.
6) Mr/Miss Lonely
Mungkin juga admin Amran Fans sudah berkahwin, tetapi memiliki pasangan yang sibuk atau dirinya sendiri yang memang sibuk. Cuba perhatikan bila ada masa dan ketika beliau tidak update apa-apa status. Mungkin meluangkan masa dengan keluarga. Tetapi selalunya dia kerap update status kan?
7) Korang Memang Tak Sangka Dia Amran Fans
Akhir sekali, ciri-ciri Amran, korang memang tak sangka dia adalah admin, mungkin dari gaya, personaliti yang macam ‘good good’, soleh/solehah, nampak ‘educated’ dan skema.
Nota diatas adalah ke’MUNGKIN’an.. Jangan pula lepas ini, ada ‘cleaner ofis’ yang ditahan reman kerana dipercayai Admin Amran Fans, sebab terbaca salah satu Ciri-Ciri Admin Amran Fans
di no 7.
sumber - satrika
0 Response to "Jom Kenali Ciri-Ciri Admin Amran Fans"
Post a Comment