Cara Tuntut Hutang Yang Kreatif

Cara Tuntut Hutang Yang Kreatif | Kami senaraikan cara-cara menuntut hutang dengan lemah lembut. Hasilnya sangat positif tau. Jom baca teknik power tuntut hutang ni.

Cara Tuntut Hutang Yang Kreatif

Kami kongsikan di sini pelbagai cara yang boleh kamu gunakan untuk minta kawan bayar hutang. Gerenti diorang bayar baliklah lepas ni.

1) Minta secara terus-terang melalui akaun sosial

Mungkin sebelum ini, kamu pernah berterus-terang secara lisan meminta kawan kamu membayar hutangnya, tapi dia tetap buat tak tahu saja. Kali ini, apa kata kamu gunakan akaun sosial yang kamu ada untuk berbuat demikian. Kamonlah, semua orang buat begini sekarang. Asal tak puas hati je, settle di status Facebook. Mengapa pula kamu tak boleh? Lagipun, dia yang liat nak bayar hutang.

Tengok, cara ini memang berkesan kan?


2) Secara berkias atau berseloroh

Tetapi jika kamu masih punya hati perut, kamu boleh gunakan cara berkias ketika minta kawan kamu bayar hutangnya. Contohnya, kamu boleh berpantun:


Atau menambahkan perkataan LOL atau hehehe mahupun huhuhu ketika meminta dia membayar balik hutangnya.



3) Invite kawan kamu main game Poker di Facebook

Kamu invite kawan kamu main game judi ini di Facebook, sehinggalah beliau naik darah dan melenting. Bila dia melenting, tentulah dia akan kemaskini status Facebooknya lebih kurang berikut:

Jadi kamu bolehlah membuat maklumbalas dengan mengatakan tujuan kamu supaya dia menang semasa main game Poker itu dan duit itu nanti bolehlah dia bayar hutang kamu.



4) Iklankan di suratkhabar atau di laman web

Ini cara paling kejam dan hanya boleh kamu lakukan jika kesemua cara di atas gagal. Jika kawan kamu tetap enggan membayar hutang kamu, kamu iklankan saja mukanya dan masalah liat bayar hutangnya itu di akhbar utama seperti Harian Metro, Berita Harian dan Sinar Harian.




5 ) Kalau kamu kekurangan bajet, boleh juga iklankan di laman-laman popular seperti minta Penmerah viralkan masalah kamu.



Ha ni 5 cara yang berkesan untuk korang tuntut hutang dengan cara berhemah. Semoga jadi panduan .

sumber satrika

0 Response to "Cara Tuntut Hutang Yang Kreatif"

Post a Comment