Fathia Latiff Kembali Intim Dengan Aiman Hakim Redza

 Fathia Latiff Kembali Intim Dengan Aiman Hakim Redza | Setelah sebulan lebih mengesahkan bahawa hubungan cintanya yang sudah dua tahun terjalin dengan Aiman Hakim Redza sudah berakhir, kini Fathia Latiff muncul dengan berita gembira, mengakui bahawa sudah berbaik semula dengan Aiman. 

Fathia Latiff Kembali Intim Dengan Aiman Hakim Redza


Setelah sebulan lebih mengesahkan bahawa hubungan cintanya yang sudah dua tahun terjalin dengan Aiman Hakim Redza sudah berakhir, kini Fathia Latiff muncul dengan berita gembira, mengakui bahawa sudah berbaik semula dengan Aiman.

“Sudah dua minggu Fathia berbaik semula dengan Aiman. Selepas tersebar cerita Fathia dan Aiman putus cinta, Fathia dapati terlalu banyak andaian yang orang lain buat mengenai kisah kami”

“Jadi kalau boleh, Fathia tidak mahu bercerita banyak tentang hal ini,” katanya selepas diumumkan sebagai Duta Drama Festival Kuala Lumpur 2015 (DFKL 2015) yang dibawakan oleh TV3 dan TV9.

Bukan apa, kami rasa tidak salah untuk Fathia ceritakan perkara sebenar kerena ramai peminatnya peminatnya seolah-olah berada dalam situasi ‘terkapai-kapai’ ekoran ketiadaan kenyataan susulan daripada pihaknya setelah berita pengakuan putus cinta oleh Fathia disiarkan oleh akhbar Kosmo, awal Januari lalu.

Ketika ini, Fathia lebih selesa bercerita mengenai kerjaya seni seronok berkongsi cerita mengenai hasratnya untuk menjadi peguam hartanah, bersesuaian dengan kelulusan akademik yang dimiliknya.

Lagi Gambar Comel Fathia Latiff








Semoga cinta Fathia Latiff Dan Aiman Hakim Redza sampai ke jinjang pelamin.

Sumber rotikaya


0 Response to "Fathia Latiff Kembali Intim Dengan Aiman Hakim Redza"

Post a Comment