ANAK SULUNG USTAZ DON DANIYAL BERNAMA DON MUSTOFA



Anak Sulung Ustaz Don Daniyal Lelaki Don Mustofa | Pendakwah terkenal Ustaz Don Daniyal Bin Don Biyajid telah menerima kelahiran bayi lelaki yang diberi nama Don Mustofa. Bayi lelaki berkenaan dilahirkan pada 4.25 petang di Kaherah Mesir.

Melalui Mstar, pihak keluarga pendakwah berkenaan telah berkongsikan khabar gembira berkenaan selain memberitahu nama anak ilmuan agama berkenaan.

Isteri personaliti tersebut iaitu Husna Mohd Zahry, 26, selamat melahirkan bayi lelaki dalam keadaan normal yang diberi nama Don Mustofa.

“Ustaz Don tiba di Mesir dari Malaysia dua hari sebelum isterinya bersalin. Alhamdulillah, anaknya sihat dan mereka gembira dengan kelahiran itu,” katanya kepada mStar Online.

Terdahulu Ustaz Don atau nama sebenarnya Don Daniyal Don Biyajid, 30, dalam Facebook miliknya memuat naik status memaklumkan Husna selamat bersalin pada pukul 4.25 petang Sabtu lalu (waktu Mesir).

Dalam status itu Ustaz Don tidak menyatakan jantina dan nama bayi berkenaan sebaliknya hanya memberitahu bayinya dilahirkan dengan berat 3.5 kilogram. Beliau turut memaklumkan akan pulang ke Malaysia pada 30 Januari ini. Pasangan itu bernikah pada 23 Ogos 2012.

0 Response to "ANAK SULUNG USTAZ DON DANIYAL BERNAMA DON MUSTOFA"

Post a Comment