Pelik pula kami melihat Rita Rudaini melenting dalam kenyataan sebuah akhbar hari ini oleh kerana digosipkan dengan seorang pendatang baru dunia nyanyian bernama Nomad. Walau Nomad sendiri menafikan yang beliau kini sedang rapat dengan Rita, Rita nampaknya telah tampil meluahkan rasa kecewa dan bengangnya.
Rita telah menganggap apa dilaporkan tentang hubungannya dengan Nomad sebelum ini langsung tidak benar dan memalukannya. Katanya dengan bunyi tidak selesa, “Kalau pun mahu mencipta gosip untuk popular, jangan sampai mengaitkan maruah orang lain. Apa pandangan umum apabila membacanya. Saya ibu tunggal kepada dua anak.”
“Sudahlah masyarakat mudah memberi tanggapan buruk kepada mereka yang bergelar janda.”
“Hakikatnya, saya bertemu Nomad sewaktu mempromosi filem Balistik, tetapi apa yang berlaku seperti bergambar bersama dan merakam aksinya menyanyi adalah perkara biasa.”
Oh, begitu? Kenapa marah benar Rita dengan kontroversi biasa sebegini?
Tambahnya lagi, “Sebelum ini belum ada rekod lagi saya digosip dengan mana-mana lelaki. Jangan sesekali cuba mencemarkan nama saya. Sebelum membuat sesuatu tindakan, ingat maruah orang lain. Kalau hendak popular, banyak lagi usaha boleh dibuat dan ini bukan caranya.”
Kami harap sesiapa yang memulakan khabar angin ini, lupakan sajalah niat untuk menggandingkan kedua-dua ini untuk kontroversi bercinta. Mengamuk habis cik Rita kita. Carilah pelakon wanita lain untuk dibuat bahan gosip untuk dikaitkan dengan Nomad ya…
Sumber- http://myartis.my/
0 Response to "Rita Rudaini Mengamuk Digosipkan Dengan Penyanyi Baru?"
Post a Comment