Biasanya, sesebuah lagu yang diterbitkan oleh seseorang penyanyi haruslah diselit sedikit dengan unsur kontroversi supaya dapat menjadi bualan orang ramai. Jadi, penyanyi bersuara lantang, Ning Baizura memberi pendekatan yang agak berani untuk video muzik lagu terbaru beliau, ‘Bukan Wanita Sempurna’.
Apa yang berani? Video ini menampilkan kisah seorang wanita yang kecewa kerana suaminya mempunyai hubungan sulit dengan orang yang lain. Disangkanya perempuan, rupanya hubungan sulit dengan lelaki. Jadi, sedikit sebanyak fokusnya adalah kepada hubungan songsang.
Video ini sudah mencecah 10,000 penonton di laman Youtube dalam masa 3 hari, bermakna strategi ini menjadi. Walau ada yang memberi komen positif, ada juga yang mengatakan konsep video ini agak melampau dan keterlaluan dimana ianya tidak sesuai untuk tontonan rakyat Malaysia.
“Masa mula-mula idea ini dilontarkan kepada saya terus-terang saya sedikit gementar dan agak berat hendak melakukannya tetapi bila diyakinkan oleh pihak label iaitu Universal Music bahawa mereka mahu bawa satu kelainan kali ini saya pun terus bersetuju.”
“Sebenarnya saya antara orang yang berfikiran sangat negatif bila idea ini diberikan kepada saya oleh pengarah videonya, Zul Ardhia. Bukan apa, saya kalau boleh hendak menjaga hati semua pihak, itu yang membuatkan saya sangat bimbang ketika itu.”
“Tapi, saya lakukan kerana ingin lebih berani menonjolkan kelainan dan yang paling penting bukan hubungan songsang itu yang hendak kami ketengahkan tetapi mesej positif yang tersirat yang hendak disampaikan itu,” kata Ning yang jelas bersemangat dan yakin dengan kekuatan lagu ini.
Selain ini, terdapat beberapa aksi lelaki yang menayangkan badan mereka yang berotot, gagah dan seksi. Jadi mungkin ada sesetengah peminat Ning yang berfikiran konservatif tidak selesa untuk menonton video ini.
Tidak kurang juga ada mulut nakal yang mengatakan jalan cerita video muzik ini berlaku dalam kehidupan sebenar Ning sendiri. Ada juga mengatakan video ini seolah-olah mengagungkan kehidupan hubungan songsang.
“Ini bukan kisah sebenar saya dan tiada kena- mengena dengan hubungan saya dengan suami. Ini hanya drama yang sengaja dibangkitkan dalam video klip saya.”
“Namun, suami saya juga amat memahami dan dia tahu saya tidak akan mencampur adukan hal rumahtangga dan kerja.”
“Saya harap, video klip ini tidak disensasikan dan harap khalayak lebih terbuka kerana sebenarnya kisah yang ditonjolkan kisah realiti sebenar yang pernah berlaku disekeliling kita juga, cuma kali ini divisualkan,” jelasnya lagi.
Sumber- http://myartis.my/
0 Response to "Ning Baizura Sokong Hubungan Songsang?"
Post a Comment