Fazura ‘Blocked’ Hanez Suraya Di Instagram?

Baru saja rasanya Fazura jelaskan bahawa beliau tiada masalah langsung dengan Hanez Suraya dan menepis dakwaan tentang beliau memerli Hanez tentang isu meniru gayanya kononnya.
Agaknya, Hanez Suraya sendiri menarik nafas lega kerana tiada sebarang isu dengan Fazura maka beliau sengaja singgah untuk melihat Instagram Fazura. Tanpa dijangka beliau sendiri mendedahkan yang beliau kini sudah tidak dapat mengakses akaun Instagram Nur Fazura.
Mengapa pula begini?
Fazura Blocked Hanez Suraya Di Instagram?
“Setahu dan sepanjang pengetahuan saya, memang tiada masalah antara kami. Tak tahulah kalau dia tak puas hati di belakang. Jika betul dia tak tuju perkara itu kepada sana, dia akan pertahan dan perbetulkan saya.”
“Selama ini pun kami saling mengikuti di Instagram, cuma baru baru ini saya buka profilnya tetapi akses saya saya sudah disekat. Saya kurang faham kenapa jadi begitu,” ujar Hanez Suraya.
Tambahnya, sebelum ini beliau dan Fazura sendiri pernah berjumpa dan bergambar sama serta bersua-muka beberapa bulan lalu dalam satu acara.
“Dia pun gemar memanggil saya sebagai adik. Tak pernah terdetik di hati saya untuk tiru gaya dan fesyennya tapi satu fakta yang tak boleh diubah — dia memang cantik — saya suka tengok cara dia,” jelas Hanez yang masih pelik apa sebenarnya yang berlaku.
Hmmm, apa kata Fazura? Dan apa kata anda? Perlukah Hanez ambil hati kerana disekat aksesnya ke laman Instagram Fazura? Atau biarkan saja?
Apa agaknya penjelasan Fazura sendiri tentang perkara ini?
Sumber- http://myartis.my/

0 Response to "Fazura ‘Blocked’ Hanez Suraya Di Instagram?"

Post a Comment