ISU PUNGGUNG FEEYA ISKANDAR



Gambar Menggoda Feeya Iskandar - Saya Hairan Punggung Saya Boleh Jadi Isu | Kuala Lumpur: “Saya tak faham kenapa orang perlu pertikai sampai macam itu sekali. Saya tak rasa diri saya seksi,” kata penyampai radio Sinar FM, Feeya Iskandar menjawab cemuhan mengenai penampilan dirinya yang seksi.

Feeya atau nama sebenar Nor Shafiza Iskandar Azizan, 24, dikecam teruk peminat di laman forum sosial, baru-baru ini kerana penampilannya yang dianggap seksi dan keterlaluan ketika mengacarakan program mingguan Maharaja Lawak Mega (MLM) 2013.

Feeya yang dihubungi berkata, cemuhan itu sesuatu yang menyedihkan berikutan sikap segelintir peminat yang mudah menjatuhkan hukum terhadap apa yang mereka lihat.


“Saya akui cemuhan itu satu tamparan dan cabaran untuk saya secara peribadi.

Tapi, saya terima kritikan orang dengan hati terbuka.

“Pada awalnya, saya ingatkan benda itu tak ada apa-apa.

Kesilapan itu menjadi satu pengajaran buat saya agar lebih berhati-hati dan sensitif pada masa akan datang,” katanya.

Feeya berkata, dia berasa terkilan apabila soal imej dan penampilan itu menarik perhatian umum walaupun ia tidak keterlaluan seperti dicanangkan.


“Saya akui memakai seluar agak ketat selalunya ketika mengacarakan MLM ataupun di luar waktu kerja sebab saya selesa begitu dan itu adalah diri saya.

“Saya pun pelik, banyak lagi benda lain, bahagian seluar dan punggung saya menjadi isu.

“Saya hanya menjadi diri sendiri dan tidak menyangka pakaian dan penampilan saya menimbulkan perasaan kurang senang kepada segelintir pihak,” katanya.


Menurut Feeya, tuduhan dirinya bersikap gatal dan gedik keterlaluan kerana dia berbuat demikian sebagai memenuhi konsep MLM yang ceria dan bertenaga.

“Takkanlah saya nak mengendalikan program itu secara sopan santun dan tertib sedangkan MLM perlu tenaga dan gila-gila.

“Saya seronok mengendalikan program itu dengan cara saya yang ceria.

Tak tahu pula benda itu menjadi satu masalah.


Jujurnya, saya malas nak ambil pusing,” katanya. -Metro

0 Response to "ISU PUNGGUNG FEEYA ISKANDAR"

Post a Comment