FARAH LEE BUKA MULUT MENGENAI ISU ALLY ISKANDAR FITNAH KERAJAAN


Isteri Ally Iskandar Beri Penjelasan Mengenai Isu Suaminya Fitnah Kerajaan | Siapa yang tidak mengenali Ally Iskandar, seorang penyampai, pengacara dan kini seorang penerbit yang amat disegani di dunia penyiaran.

Beliau juga merupakan seorang suami kepada wanita yang bernama Farah Lee.

Dengan populariti beliau yang begitu hebat, ada pula pihak yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan.

Menggunakan kemasyhuran beliau, sebuah page Facebook telah dibina dengan menggunakan nama beliau Ally Iskandar dan kini memiliki hampir 470 ribu pengikut!

Memang dasyat dengan penangan Ally Iskandar ini.


Apa yang menariknya mengenai Fan Page Ally Iskandar ini adalah status-statusnya kebanyakan berkisar mengenai perkara-perkara fitnah yang dilemparkan kepada kerajaan. Perkara-perkara yang tidak masuk akal untuk dibuat oleh seorang pekerja di sebuah syarikat yang sentiasa menjadi wadah penyampai maklumat berkaitan kerajaan.

Sebagai contoh, cuba lihat posting di bawah:

Dan terbukti page berkenaan bukan dikendalikan oleh Ally Iskandar sendiri, malah adminnya pun tidak dikenali sama sekali. Isteri Ally Iskandar, melalui pagenya juga telah beberapa kali memberi penjelasan mengenai status-status dari page palsu Ally Iskandar itu bukan dari pihak mereka.

Beliau mendakwa telah beberapa kali cuba menasihati admin berkenaan tetapi telah diblock dan komennya dipadamkan. Walaupun ianya situasi asam garam kehidupan artis, Farah Lee menegaskan tindakannya itu adalah untuk menjaga maruah dan kehormatan suaminya dari terus difitnah.

Beliau turut merayu kepada pihak di luar sana supaya tidak terus menganggap status yang di tulis oleh admin Ally Iskandar adalah dari suaminya.

Status Farah Lee juga sering dicuri oleh admin tersebut untuk dipersendakan di page berkenaan.


Melalui page isterinya, Ally Iskandar ‘asli’ membuat penafian mengenai Fan Page dirinya sendiri dan berharap admin yang bertanggungjawab supaya berhenti memuat naik status yang mewakili dirinya

Sumber- http://www.mazeermohamad.com/

0 Response to "FARAH LEE BUKA MULUT MENGENAI ISU ALLY ISKANDAR FITNAH KERAJAAN"

Post a Comment