Sejak berumahtangga, Fouziah Gous didapati telah mengurangkan aktiviti seninya mahupun kemunculan di dada akhbar dan mana-mana terbitan media. Mungkin ingin fokus kepada perkahwinannya agaknya.
Namun, tidak disangka kami terdengar khabar yang tidak enak mengenainya pada hujung minggu lalu apabila ada kenyataan dari sebuah akhbar tempatan telah menyifatkan Fouziah sebagai seorang yang sudah mula bersikap sombong dan meninggi diri terutama dengan krew produksi. Betul ke?
Mereka mengatakan Fouziah seolah-olah lupa diri sejak mula berada dalam keadaan mewah dan berada bersama suami.
Namun, beliau tampil membuat penjelasan, “Saya sudah bertanyakan perkara ini kepada penulis itu dan dia telah memohon maaf kepada saya. Dengan hati terbuka, saya telah memaafkannya kerana saya tahu perkara tersebut sama sekali tidak benar. Mungkin ada kesilapan yang berlaku dan orang yang memberikan maklumat itu juga tersalah anggap tentang diri saya.”
“Dulu saya bujang, jadi keluarga sudah biasa dengan gosip dan cerita tentang saya. Mereka juga sangat mengenali diri saya yang sebenarnya.
“Tetapi sekarang saya sudah berkahwin dan mempunyai keluarga baru di sebelah suami saya, jadi perkara seumpama ini turut memberi kesan kepada mereka. Demi menjaga hati mereka, saya harap tidak timbul lagi cerita-cerita yang tidak berasas ini,” ujarnya yang tidak mahu memperbesarkan perkara ini.
0 Response to "Fouziah Gous Mula Lupa Diri Sejak Bersuami Kaya?"
Post a Comment