5 Sebab Kenapa Malam Jumaat Kena Buat Ni

5 Sebab Kenapa Malam Jumaat Kena Buat Ni | Amalan ni jika di buat dapat pahala yang lebih. Oleh itu.marilah sama-sam kita amalkan. Semoga kita menjadi tergolong dalam golongan yang soleh dan solehah.

5 Sebab Kenapa Malam Jumaat Kena Buat Ni

artikel ini sebenarnya lebih kepada untuk bacaan pembaca yang beragama Islam. Tetapi jika yang bukan beragama Islam juga boleh membaca artikel ini. Artikel ini adalah bacaan umum dan tiada kena mengena dengan 18sx.

Sebab-sebanya ....

1) Diampunkan Dosa
Imam Ja’far As-Shadiq s.a. berkata, “Hari Jumaat sama dengan malamnya, jika kamu mampu, hidupkanlah malam dan siangnya dengan doa dan solat. Kerana di dalamnya Allah s.w.t. mengutuskan para malaikat ke langit dunia untuk melipatgandakan kebaikan dan menghapuskan keburukan. Sesungguhnya Allah s.w.t. Maha Luas ampunannya dan Maha Mulia.”

2) Husnul Khotimah
Diriwayatkan dari Imam at-Turmuzi dalam himpunan hadis dari Abdullah Bin A’mru telah berkata: Bersabda Nabi Sallahu Alaihi Wasallam: Tidaklah seseorang Muslim itu meninggal dunia pada hari jumaat atau pada malam Jumaat melainkan Allah menyelamatkannya dari fitnah kubur.
(Berkata al-Albani dalam Ahkam Janaiz, hadis yang dihimpunkan dari pelbagai toriq adalah hasan atau sohih).

Jelaslah hadis ini menunjukkan kelebihan bagi sesiapa yang meninggal dunia pada hari Jumaat atau malam Jumaat menunjukkan baiknya pengakhiran seseorang itu (Husnul Khotimah).

3) Dilipatgandakan Amalan
Imam Ja’far As-Shadiq s.a. berkata, ” Malam Jumaat dan Hari Jumaat mempunyai hak, maka janganlah sia-siakan kemuliaannya, jangan mengurangi ibadah, dekatkan diri dengan Allah s.w.t. dengan amal-amal soleh, tinggalkan semua yang haram. Kerana di dalamnya Allah s.w.t. melipatgandakan kebaikan, menghapuskan keburukan dan mengangkatkan darjat.”

4) Menghilangkan Kesusahan
Imam Muhammad Al-Baqir (sa) berkata “Tidak ada seorang pun hamba Mukmin yang sedang dalam kesulitan dan menderita lalu ia memohon kepada Ku agar dihilangkan kesulitannya sebelum terbit fajar, kecuali Aku menghilangkannya dan menunjukkan jalannya.”

5) Dimakbulkan Doa
Saidina Ali bin Abu Talib r.a. berkata, “Diantara keistimewaannya adalah orang yang memohon hajatnya kepada Allah Azza Wa Jalla maka Allah s.w.t mengijabahkannya.


Oleh itu.marilah sama-sam kita amalkan. Semoga kita menjadi tergolong dalam golongan yang soleh dan solehah. Ini lah 5 Sebab Kenapa Malam Jumaat Kena Buat


The Brand

0 Response to "5 Sebab Kenapa Malam Jumaat Kena Buat Ni"

Post a Comment