Punca Kenapa Saiful Apek Tak Nak Join MLM


Punca Kenapa Saiful Apek Tak Nak Join MLM | Pelawak terkenal yang popular bersama kumpulan Senario itu menolak untuk menyertai MLM kerana untuk menjaga kedudukannya sebagai pelawak senior tanah air.

Punca Kenapa Saiful Apek Tak Nak Join MLM

Sebanyak RM1,000,000 tawaran hadiah kepada juara Maharaja Lawak Mega, siapa yang menolak bukan?

Tapi Saiful Apek atau nama sebenarnya, Saifulazam Mohamed Yusoff, 46 lain pula ceritanya. Dia dikatakan tidak memandang langsung wang ganjaran tersebut.

Menurut laporan dari mStar online, pelawak terkenal yang popular bersama kumpulan Senario itu menolak untuk menyertai MLM kerana untuk menjaga kedudukannya sebagai pelawak senior tanah air.

“Setiap tahun saya ditawarkan untuk menyertai MLM namun saya menolak kerana berasa ia sudah tidak penting buat saya.

“Sebelum ini saya sudah beberapa kali menjadi juri pertandingan Raja Lawak, kenapa pula saya mahu jadi peserta?

“Lagi pula tiada apa lagi hendak dibuktikan di pentas tersebut kerana sebelum ini saya sudah memegang gelaran Artis Komedi Popular selama enam tahun berturut-turut,” katanya.

Menurutnya lagi, program itu bukanlah sebagai ukuran untuk menentukan kualiti seorang pelawak kerana di pentas pertandingan yang hanya disiarkan dalam rancangan tv Astro berbayar sahaja.

“Bagi saya untuk mengukur tahap kualiti seseorang pelawak bukan di pentas MLM kerana ia hanya di pentas Astro dan bukan di pentas Malaysia.

“Orang yang melanggan Astro sahaja kenal pelawak tersebut sebaliknya yang tiada stesen tersebut tidak mengenali mereka,” katanya lagi.

Tambahnya lagi, pelawak kini terlalu dimanjakan dengan wang ringgit berbanding ketika zamannya dahulu sewaktu bersama kumpulan Senario.

Itulah sebabnya dia menganggap penyebab kedudukan pelawak-pelawak junior tidak kekal lama di persada seni.

Terbaru Gambar Saiful Apek







Lawak saiful apek memang legend. Tengok je mesti gelak terbahak-bahak. Syokkmedia support lu saiful apek.

the brand

sumber siakapkeli

0 Response to "Punca Kenapa Saiful Apek Tak Nak Join MLM"

Post a Comment