Syaiful Ingkari Nawaitu Masuk MLM Tangguh Perkahwinan

Syaiful Ingkari Nawaitu Masuk MLM Tangguh Perkahwinan | Menurut apa yang difahamkan, setelah Syaiful berbincang dengan Sharif dan Atu, dia membuat keputusan untuk menundakan perkahwinan tersebut atas alasan ingin fokus kepada kerjayanya.

Syaiful Ingkari Nawaitu Masuk MLM Tangguh Perkahwinan


Syaiful dari kumpulan yang menjuarai Maharaja Lawak Mega 2014, Zero sebelum ini menyatakan hasratnya untuk mengakhiri zaman bujangnya selepas final MLM 2014 tempoh hari.

Setelah bergelar juara MLM, mereka (Zero) telah menyatakan hasrat mereka untuk menggunakan wang kemenangan sebanyak RM500,000 tersebut menghantar ibu menunaikan haji, membuat rumah dan perbelanjaan kahwin Syaiful.

Bagaimanapun, tidak tahulah apa yang sudah berlaku, apabila Syaiful mengumumkan yang dia mahu menunda perkahwinannya itu kepada satu tarikh yang lain.

Menurut apa yang difahamkan, setelah Syaiful berbincang dengan Sharif dan Atu, dia membuat keputusan untuk menundakan perkahwinan tersebut atas alasan ingin fokus kepada kerjayanya.

Namun, mereka tetap akan menunaikan hasrat menghantar ibu mereka menunaikan haji dan membuat rumah di Kudat.

“Nawaitu asal menyertai MLM adalah untuk mendapatkan wang dan menunaikan dua hasrat itu.

“Hal perkahwinan, mungkin akan ditunda terlebih dahulu.Buat masa ini biarlah kami bertiga fokus pada kerja,” kata Syaiful.

Keputusan ini bagaimanapun tidak disenangi leh ramai peminat Zero sehingga ada yang mengingatkan Syaiful supaya jangan lupa diri dengan populariti yang ada sekarang.

Bagaiamanapun, Syokkmedia  yakin yang dia lebih tahu apa yang dilakukan dan biarlah dia membuat keputusan dengan baik dan bukan kerana mendengar cakap orang ramai.

Untuk pengetahuan semua, ada perkhabaran mengatakan Zero bakal muncul dalam sebuah filem terbitan MIG tidak lama lagi.

Lihat Gambar Syaiful Zero Di Sini







Semoga niat yang dirancang oleh Syaiful Zero dapat di kecapi dengan jayanya.



0 Response to "Syaiful Ingkari Nawaitu Masuk MLM Tangguh Perkahwinan"

Post a Comment