Sebab Kenapa Awek Kita Suka Karoke Dekat Jepun

Sebab Kenapa Awek Kita Suka Karoke Dekat Jepun | Karoke adalah riadah yang baik untuk hilangkan stress. Tapi kena lah dengan cara dan adapnya.Jadi tak hairanlah awek ni layan karoke.
Memang best pun karoke kat sini. Korang bila lagi nak join.

Sebab Kenapa Awek Kita Suka Karoke Dekat Jepun

Kami tidak dapat nafikan Jepun merupakan salah satu negara maju yang sangat menarik untuk dilawati. Negara matahari terbit itu mempunyai banyak tempat menarik dan salah satunya termasuklah pusat karaoke yang mahu kami kongsikan kali ini. Manekineko adalah nama pusat karaoke yang terletak di tengah bandaraya Tokyo.

Daya tarikan utama pusat hiburan ini adalah premis ini menyediakan layanan mesra kepada orang islam dengan menyediakan pakej makanan halal dan juga ruangan solat yang selesa dan bersih.

Jepun menerima sejumlah 350,000 orang pelawat pada tahun 2014 yang lalu dan sebahagian besar daripadanya adalah kesan peningkatan sebanyak (42%) daripada Malaysia, dan pengunjung dari Indonesia meningkat sebanyak 13 peratus.


Berdasarkan statistik tersebut, pemimpin di Jepun menggalakkan peniaga-peniaga di Jepun supaya menyediakan perkhidmatan yang mesra dengan kehendak pelancong beragama Islam kerana mereka tahu ramai umat Islam menghadapi kesukaran untuk mendapatkan makanan halal dan ruangan solat yang terhad.

Dengan kesedaran itu maka pusat karaoke Manekinoko ini dibina dan beroperasi semenjak akhir tahun lepas. Makanan yang disediakan di sini turut mendapat kelulusan dan sijil Halal daripada Perbadanan Halal Malaysia.

Jom tengok gambar dorang karoke lagi....










Jadi tunggu apa lagi? Jom lah kemas-kemas barang dan melancong ke Jepun sekarang juga!
Karoke Dekat Jepun 2 3 lagu pun okehh.

Tq Semua
The Brand

Sumber Thevocket

0 Response to "Sebab Kenapa Awek Kita Suka Karoke Dekat Jepun"

Post a Comment